Tuesday, June 8, 2010

TODAY IS WEDNESDAY



FRUHHH......ari rabu tk......ujan dr mlm tek....aku pun dah xtauk mk polah apa tk....sea trail gk kak tk..ferr...ari nombor gak ritowk...wlpn aku xmen pon....yesterday sakit badan ku brekot...omak ai......2 taun dah xda bersenam........otot2 pun dah lembik...............by the way....extend post ku tgh mlm tadik...pasal termodinamik


TERMOKMIA

Termokimia adalah kajian tentang perubahan haba dalam tindak balas kimia. Bahan kimia mempunyai ikatan-ikatan di antara atom-atom atau molekul-molekul, bahan kimia ini memerlukan tenaga untuk bercantum dan berpecah antara satu sama lain. Perubahan haba akan wujud apabila suhu bahan kimia berubah setelah bertindak-balas.

Hukum termokimia bergantung kepada dua penyataan :

  1. Hukum Lavoisier dan Laplace (1780)
2. Hukum Hess (1840)

TERDAPAT DUA TINDAKBALAS DALAM TERMOKIMIA

Tindak balas Eksotermik

Ekso bermaksud luar manakala termik bermaksud haba. Eksotermik bermaksud haba yang disalurkan/dibebaskan keluar ke persekitaran dalam sistem. Oleh itu suhu di persekitaran akan meningkat.

Tindak balas Eksotermik berlaku apabila bahan kimia yang berlainan dicampur atau direaksikan untuk bertindak balas maka ini akan mengeluarkan/membebaskan haba ke persekitaran seterusnya menjadikan suhu persekitaran lebih tinggi daripada haba purata bahan-bahan kimia yang ditindak-balaskan.

Perubahan tenaga tindak balas Eksotermik ialah dari tenaga kimia kepada tenaga haba.

Di antara contoh-contoh tindak balas Eksotermik ialah:

Perubahan tenaga tindak balas Eksotermik akan menunjukkan nilai negatif, iaitu

  • Perubahan Tenaga = Tenaga Hasil Tindak Balas - Tenaga Bahan Tindak Balas
  • ΔH = Hh - Hb

KONSEP PERUBAHAN HABA.....

Konsep perubahan tenaga haba ini disebabkan oleh pemecahan/pemutusan ikatan lama dan pembentukan/pembinaan ikatan baru.

Pembentukan/Pembinaan ikatan lama Tindak balas ini merupakan tindak balas Eksotermik. Contoh tindak balas kimia:

  • H+ + Cl- --> HCl ΔH= -430 KJ mol-1

Pemecahan/Pemutusan ikatan lama Tindak balas ini merupakan tindak balas Endotermik. Contoh tindak balas kimia:

  • HCl --> H+ + Cl- ΔH= +430 KJ mol-1

HABA TINDAK BALAS....

Kuantiti haba tindak balas ialah haba yang dihasilkan hasil daripada tindak balas kimia. Tindak balas ini menglibatkan menyerap dan pembebasan haba.

Kuantiti haba ini boleh ditentukan pada keadaan piawai iaitu:

Contoh persamaan termokimia HCl --> H+ + Cl- ΔH= +430 KJ mol-1 ΔH merupakan perubahan haba

Kuantiti haba tindak balas (Q) akan dipengaruhi oleh:

Terdapat 4 jenis haba tindak balas iaitu:

  1. Haba Pemendakan
  2. Haba Peneutralan
  3. Haba Penyesaran

Haba pemendakan

Haba pemendakan ialah perubahan haba yang berlaku apabila 1 mol mendakan terbentuk hasil tindak balas ion-ion yang bertindak balas.


Haba penyesaran

Haba penyesaran ialah perubahan haba yang berlaku apabila 1 mol logam disesarkan daripada larutan garamnya oleh logam yang lebih elektropositif. Hanya logam elektropositif dapat menyesarkan ion logam yang kurang elektropositif.


Haba peneutralan

Haba peneutralan ialah perubahan haba yang berlaku apabila 1 mol ion H+ daripada asid untuk meneutral 1 mol ion OH- daripada alkali bagi menghasilkan air.

Haba pembakaran

Haba pembakaran ialah perubahan haba yang berlaku apabila 1 mol bahan bakar dibakar dengan lengkap dalam keadaan gas oksigen berlebihan.

Contoh-contoh bahan api/bakar ialah:


No comments:

Followers