
YA.....cta pasal idup,cita pasal jiwa,cita pasal hati,cita tentang minda.cita pasal otak,cita tentang aku,hanya untuk kamu
Tuesday, June 8, 2010
5 pekara sebagai pedoman

TODAY IS WEDNESDAY
FRUHHH......ari rabu tk......ujan dr mlm tek....aku pun dah xtauk mk polah apa tk....sea trail gk kak tk..ferr...ari nombor gak ritowk...wlpn aku xmen pon....yesterday sakit badan ku brekot...omak ai......2 taun dah xda bersenam........otot2 pun dah lembik...............by the way....extend post ku tgh mlm tadik...pasal termodinamik
Termokimia adalah kajian tentang perubahan haba dalam tindak balas kimia. Bahan kimia mempunyai ikatan-ikatan di antara atom-atom atau molekul-molekul, bahan kimia ini memerlukan tenaga untuk bercantum dan berpecah antara satu sama lain. Perubahan haba akan wujud apabila suhu bahan kimia berubah setelah bertindak-balas.
Hukum termokimia bergantung kepada dua penyataan :
- Hukum Lavoisier dan Laplace (1780)
Tindak balas Eksotermik
Ekso bermaksud luar manakala termik bermaksud haba. Eksotermik bermaksud haba yang disalurkan/dibebaskan keluar ke persekitaran dalam sistem. Oleh itu suhu di persekitaran akan meningkat.
Tindak balas Eksotermik berlaku apabila bahan kimia yang berlainan dicampur atau direaksikan untuk bertindak balas maka ini akan mengeluarkan/membebaskan haba ke persekitaran seterusnya menjadikan suhu persekitaran lebih tinggi daripada haba purata bahan-bahan kimia yang ditindak-balaskan.
Perubahan tenaga tindak balas Eksotermik ialah dari tenaga kimia kepada tenaga haba.
Di antara contoh-contoh tindak balas Eksotermik ialah:
- Tindak balas pembakaran - Bahan bakar (bahan kimia yang mudah atau boleh terbakar) bertindak balas dengan gas oksigen
- Tindak balas peneutralan - Tindak balas antara bahan kimia yang bersifat asid dan alkali
- Tindak balas pepejal dengan air - Tindak balas ini berlaku terutama antara unsur kumpulan I dalam jadual berkala dengan air kerana lebih reaktif
- Tindak balas logam reaktif dengan air - Tindak balas redoks, terdapat tindak balas penurun dan tindak balas pengoksidaaN
Perubahan tenaga tindak balas Eksotermik akan menunjukkan nilai negatif, iaitu
Konsep perubahan tenaga haba ini disebabkan oleh pemecahan/pemutusan ikatan lama dan pembentukan/pembinaan ikatan baru.
Pembentukan/Pembinaan ikatan lama Tindak balas ini merupakan tindak balas Eksotermik. Contoh tindak balas kimia:
- H+ + Cl- --> HCl ΔH= -430 KJ mol-1
Pemecahan/Pemutusan ikatan lama Tindak balas ini merupakan tindak balas Endotermik. Contoh tindak balas kimia:
- HCl --> H+ + Cl- ΔH= +430 KJ mol-1
Kuantiti haba tindak balas ialah haba yang dihasilkan hasil daripada tindak balas kimia. Tindak balas ini menglibatkan menyerap dan pembebasan haba.
Kuantiti haba ini boleh ditentukan pada keadaan piawai iaitu:
- Suhu bilik 25oC atau 298 K
- 1 tekanan atmosfera iaitu 101.3/101 kPa
- 1.0 mol dm-3 kepekatan larutan
- Berada dalam keadaan fizik - suhu dan tekanan piawai
Contoh persamaan termokimia HCl --> H+ + Cl- ΔH= +430 KJ mol-1 ΔH merupakan perubahan haba
Kuantiti haba tindak balas (Q) akan dipengaruhi oleh:
- Jisim haba (m)
- Haba pendam tentu bahan (c) - biasanya air
- Perubahan suhu (θ)
Terdapat 4 jenis haba tindak balas iaitu:
- Haba Pemendakan
- Haba Peneutralan
- Haba Penyesaran
Haba pemendakan
Haba pemendakan ialah perubahan haba yang berlaku apabila 1 mol mendakan terbentuk hasil tindak balas ion-ion yang bertindak balas.
Haba penyesaran
Haba penyesaran ialah perubahan haba yang berlaku apabila 1 mol logam disesarkan daripada larutan garamnya oleh logam yang lebih elektropositif. Hanya logam elektropositif dapat menyesarkan ion logam yang kurang elektropositif.
Haba peneutralan
Haba peneutralan ialah perubahan haba yang berlaku apabila 1 mol ion H+ daripada asid untuk meneutral 1 mol ion OH- daripada alkali bagi menghasilkan air.
Haba pembakaran
Haba pembakaran ialah perubahan haba yang berlaku apabila 1 mol bahan bakar dibakar dengan lengkap dalam keadaan gas oksigen berlebihan.
SURAT abG uNTUK AyG

erm...penah dengar sik takorg pasal GILGAMESH.....knek maseh di kaji oleh pengkaji sejarah mengenaie epik tertua di dunia ya...adakah kerajaan nya ya sebuah kerjaan islam(di utuskan rasul)....kod 12 hammurabi iaitu ada menyatakan.....
Kerana itu di bandar seperti Ur, rumah ahli politik, ahli perniagaan, ahli agama dan rakyat biasa, semuanya di satu kawasan, yang mengelilingi pusat ibadat mereka. Reka bentuk seperti ini sukar berlaku kecuali dengan dorongan perasaan equality yang tinggi, dan hanya agama sahaja yang mampu mencetuskannya pada sebuah tamadun.

esok dah kerja gk dah....ikut hati xmk ku turun..p apakan daya dah amanah boss ku....p kdg2 mun dah mls ya...mls juak....tdow lah.....ngular lam tug....huh.....p tonigh mk cta pasal termo..benda paling ku bencik time blaja lok....evendoe benda tk nang xpernah ku paham wlpn memang susah mok paham tpaksa paham jak lah......hukum pertama,ke-2 n ke-3 ya....perrrggghhhh......
Termodinamik (bahasa Greek: thermos bermaksud "haba" dan dynamis bermaksud "kuasa")ialah satu cabang fizik yang mengkaji kesan-kesan perubahan suhu, tekanan, dan isi padu terhadap sistem-sistem fizikal pada skala makroskopik. Kajian ini dibuat melalui analisis statistik terhadap gerakan kolektif zarah-zarahnya.
Secara amnya, "haba" bermaksud "tenaga dalam peralihan" dan "dinamik" adalah berkaitan dengan "pergerakan"; oleh itu, termodinamik sebenarnya mengkaji pergerakan tenaga dan bagaimana tenaga menyebabkan pergerakan. Dari segi sejarah, termodinamik berkembang daripada keperluan untuk meningkatkan kecekapan enjin-enjin stim yang awal.
Sejarah ringkas termodinamik bermula dengan Otto von Guericke, ahli sains Jerman, yang mereka bentuk pam vakum serta vakum yang pertama di dunia pada tahun 1650. Vakumnya dikenali sebagai "hemisfera Magdeburg". Beliau didorong mencipta vakum itu untuk membuktikan bahawa anggapanAristotle yang sudah lama diterima, iaitu 'Alam semula jadi benci akan vakum', adalah salah.
Tidak lama kemudian, Robert Boyle, ahli fizik dan kimia Ireland, berkerja sama dengan Robert Hooke, ahli sains Inggeris, untuk membina sebuah pam udara pada tahun 1956 setelah mendapat tahu tentang reka bentuk Guericke. Melalui pam ini, Boyle dan Hooke mencerap korelasi tekanan-suhu-isi padu, dan kemudian merumuskan hukum gas unggul. Berdasarkan konsep-konsep itu, Denis Papin, sekutu Boyle, membina sebuah pencerna tulang (bahasa Inggeris: bone digester) pada tahun 1679. Mesinnya terdiri daripada sebuah bekas tertutup, dengan tudung ketat yang menahan wap sehingga tekanan yang tinggi dijanakan.
Reka-reka bentuk yang kemudian menggunakan injap pelepas stim untuk mengelakkan peletupan mesin. Melalui pencerapan injap yang bergerak naik turun mengikut irama, Papin memikirkan idea untuk sebuah enjin omboh. Bagaimanapun, beliau gagal melaksanakannya sehingga selesai. Berdasarkan reka bentuk Papin, jurutera Thomas Savery membina enjin yang pertama pada tahun 1697. Walaupun enjin-enjin yang awal adalah kasar dan tidak cekap, rekaan-rekaan itu menarik perhatian ahli-ahli sains yang terutama pada masa itu. Salah satunya ialah Sadi Carnot, "bapa termodinamik", yang pada tahun 1824 menerbitkan "Pemikiran-pemikiran Mengenai Kuasa Gerakan Api", sebuah huraian mengenai haba, kuasa, dan kecekapan enjin. Perkembangan ini menandakan permulaan termodinamik sebagai sebuah sains moden
Titik permulaan untuk kebanyakan pertimbangan termodinamik ialah hukum termodinamik yang mempostulatkan bahawa tenaga boleh saling bertukar antara sistem-sistem fizikal sebagai haba atau kerja. Ahli-ahli sains ketika itu juga mempostulatkan kewujudan entropi yang boleh ditakrifkan bagi mana-mana satu sistem.Termodinamik mengkaji dan mengkategorikan interaksi antara kumpulan-kumpulan besar objek. Pokok termodinamik terdiri daripada konsep-konsep sistem dan persekitaran. Sebuah sistem terdiri daripada zarah-zarah, manakala pergerakan purata zarah-zarahnya mentakrifkan sifat sistem itu. Sifat-sifatnya pula berkait antara satu sama lain melalui persamaan-persamaan keadaan. Sifat-sifat boleh digabungkan untuk mengungkapkan tenaga dalaman, sementara keupayaan termodinamik amat berguna untuk menentukan keadaan-keadaan untuk keseimbangan serta proses-proses spontan.
Dengan alat-alat ini, termodinamik menghuraikan bagaimana sistem-sistem bertindak terhadap perubahan-perubahan di dalam persekitarannya. Ini boleh digunakan untuk berbagai-berbagai topik sains dan kejuruteraan, umpamanya enjin, peralihan fasa, tindak balas kimia, fenomena angkutan, serta juga luhung hitam. Hasil-hasil termodinamik juga amat penting untuik bidang-bidang fizik yang lain, serta untuk kimia, kejuruteraan kimia, biologi sel, kejuruteraan bioperubatan, dan sains bahan, antara lain.